# started 2014-08-16T14:22:45Z "Laut Kaspia (bahasa Inggeris:Laut Caspian) merupakan sebuah laut yang terletak di antara Asia dan Eropah. Ia tidak bersambung dengan mana-mana lautan, dan oleh itu turut digelar tasik terbesar di dunia. Oleh sebab airnya masin, ia mempunyai kedua-dua ciri laut dan tasik. Tahap kemasinannya ialah sekitar 1.2%, satu pertiga daripada kemasinan air laut biasa."@ms . "Meter (simbol: m) merupakan ukuran unit SI bagi panjang. Mengikut takrif BIPM:\"Meter ialah panjang yang dilalui cahaya melalui vakum dalam tempoh 1/299,792,458 saat.\"\u2191"@ms . "Penyu merupakan sejenis haiwan yang mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang dengan kaki pendayung di hadapan. Ini menjadikan penyu sebagai haiwan yang tangkas berenang di dalam air tetapi kekok untuk bergerak di daratan. Ini berbeza dengan kura-kura yang mempunyai kaki yang serupa bagi keempat-empat kakinya. Penyu digolongkan di dalam haiwan vertebrata (bertulang belakang), kelas reptilia sama dengan ular, cicak, kura-kura, labi-labi dan tuntung. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik (di bahagian tidak bercangkerang), bernafas melalui paru-paru, mempunyai suhu badan yang mengikut suhu persekitaran, bertelur dan merupakan haiwan marin. Mengikut kajian yang telah dijalankan, didapati penyu telah wujud semenjak akhir zaman Jurassic (145 - 208 juta tahun ), iaitu sezaman dengan dinosaur. Penyu Archelon yang bersaiz 6 meter (20 kaki) panjang ataupun penyu Cimochelys, berenang di laut silam seperti penyu masa kini. Walaupun penyu boleh menyelam dan berada dalam air untuk tempoh yang lama, tetapi ia mestilah timbul ke permukaan air untuk bernafas. Penyu menggunakan paru-paru untuk bernafas. Kesemua spesies penyu diancam bahaya kepupusan disebabkan mengalami banyak ancaman semulajadi dan ancaman manusia sepanjang hayat mereka. Di Malaysia, Rantau Abang, Terengganu, merupakan salah satu daripada 4 tempat penyu Belimbing mendarat untuk bertelur."@ms . "Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup. Air juga mampu wujud dalam 3 bentuk :-Di muka bumi ini, air merupakan bahan yang paling kerap ditemui terutama dalam bentuk cecair. Walau bagaimanapun, terdapat juga kuantiti air yang besar yang wujud dalam bentuk gas (wap) di atmosfera dan dalam bentuk pepejal (ais dan salji)."@ms . "Marikh merupakan planet ke-4 dari matahari dalam Sistem Suria dan dinamakan sempena nama Dewa Peperangan Tamadun Rom (Dewa Peperangan Tamadun Yunani sedarjatnya: Ares) disebabkan warna kemerahannya di langit pada waktu malam. Ia mempunyai 2 bulan iaitu Phobos dan Deimos. Setiap satu bulan tersebut menyerupai asteroid. Planet ini juga merupakan salah sebuah planet dari 8 planet dalam sistem suria. Senarai planet dan jarak purata planet dengan matahari dalam sistem suria adalah seperti berikut :-57.9 juta kilometer ke Utarid,108.2 juta kilometer ke Zuhrah,149.6 juta kilometer ke Bumi,227.9 juta kilometer ke Marikh,778.3 juta kilometer ke Musytari,1,427.0 juta kilometer ke Zuhal,2,871.0 juta kilometer ke Uranus,4,497.0 juta kilometer ke Neptun,5,913.5 juta kilometer ke Pluto.Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang."@ms . "Gunung Tahan dengan ketinggian (2187 meter) , merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan terletak di Taman Negara dalam negeri Pahang. Gunung Tahan bagaimanapun adalah rendah daripada Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara. Gunung ini menjadi titik sempadan negeri Pahang dengan negeri Kelantan."@ms . "Himalaya (Banjaran Himalaya) adalah banjaran gunung di Asia, memisahkan India dan kawasan utara Pakistan di selatan dan tenggara dari dataran Tibet yang luas (sekarang sebahagian dari China) di utara. Nama khas untuk banjaran ini adalah Himalaya, walaupun nama Himalayas juga biasa digunakan.Banjaran Himalaya merangkumi lima negara \u2014 Pakistan, India, China, Bhutan dan Nepal. Himalaya bercantum dengan banjaran gunung Hindu Kush di Afghanistan. Himalaya merupaakan sumber kepada dua sistem sungai \u2014 Lembangan Indus dan Lembangan Ganga-Brahmaputra.Perkataan Himalaya adalah berasal dari Sanskrit dan membawa erti \"tempat kediaman salji\" (Sanskrit him \"salji\", dan aalaya \"rumah, tempat kediaman\"). Dalam sebutan Hindi/Sanskrit, Himalaya disebut dengan a pertama panjang dan a akhir pendek, i.e. as /himaal-ya/.Gunung tertinggi di dunia, termasuk Gunung Everest (8844.43 m or 29,017 kaki), K2 (8611 m atau 28,251 kaki), Kangchengjunga (8586 m atau 28,169 kaki),Lhotse(8500m atau 27888 kaki), dan Makalu I(8475m atau 27805 kaki) terletak di Himalaya."@ms . "Tasik Titicaca adalah sebuah tasik terletak di sempadan Peru dan Bolivia. Ia terletak di 3,811 m (12,500 ft) atas paras laut, membuatnya tasik dikendali secara komersial tertinggi di dunia. Mengikut isipadu air, ia juga adalah tasik terbesar di Amerika Selatan (Tasik Maracaibo mempunyai sebuah kawasan permukaan lebih besar, tetapi ia sering diketepikan oleh kerana ia berkaitan dengan laut)."@ms . "Dr Joseph Arnold adalah salah seorang yang menjumpai dan merekodkan Bunga Patma bersama dengan Sir Stamford Raffles pada tahun 1816. Spesies Bunga Patma itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Patma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera."@ms . "Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma adalah bunga rasmi negara Indonesia dan juga negeri Sabah di Malaysia."@ms . "Kandungan terbuka, dicipta dengan analogi dari \"sumber terbuka\", memerikan apa-apa kerja kreatif termasuklah rencana, gambar, audio dan video yang diterbitkan dalam format yang dengan jelas menyatakan ia boleh disalin. Dari segi teknik, ia seperti share alike tapi tanpa apa-apa sekatan. Bahan tersebut boleh berada dalam domain awam atau di bawah lesen seperti Lesen Dokumentasi Bebas GNU. Istilah ini juga digunakan untuk menegaskan bahawa kandungannya boleh diubah suai oleh sesiapa; bukan oleh sesuatu pertubuhan, syarikat atau individu secara eksklusif."@ms . "Uthman bin Affan (Arab: \u0639\u062B\u0645\u0627\u0646 \u0628\u0646 \u0639\u0641\u0627\u0646) merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dikalangan umat Islam mengenai cara bacaan Al-Quran. Disebabkan oleh itu Uthman bin Affan telah meminjam suhuf, (kumpulan penulisan Al-Quran daripada Hafsa. Selepas itu Uthman bin Affan telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula Al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai Mushaf Uthman. Salinan Mushaf Uthman tersebut dihantar keseluruh pusat jajahan bagi mengantikan salinan-salinan yang lain."@ms . "Aisya bt. Mu'awiyah b. al-Mughira adalah ibu kepada Khalifah Abdul Malik bin Marwan, khalifah Bani Ummayyah yang kelima, yang memerintah dari tahun 65 Hijrah - 86 Hijrah (685 - 705 Masihi)."@ms . "Khalifah Abdul Malik bin Marwan dilahirkan pada tahun 26 Hijrah (646 Masihi). Ibunya bernama Aisya bt. Mu'awiyah b. al-Mughira. Ketika berusia 16 tahun, Abdul Malik b. Marwan pernah mengetuai pasukan tentera Madinah melawan Byzantine ketika pemerintahan Mu'awiyah. Abdul Malik b. Marwan adalah khalifah Bani Umayyah yang Kelima yang memerintah dari tahun 65 Hijrah - 86 Hijrah (685 - 705 Masihi). Khalifah Abdul Malik b. Marwan sempat melakukan pembaharuan seperti mengeluarkan matawang mas, mengumpul kembali Mushaf Uthman, dan lain-lain. Diakhir hayatnya Khalifah Abdul Malik b. Marwan berhasrat melantik anaknya Al-Walid bin Abdul Malik bagi menggantikan pencalonan saudaranya Abdul Aziz. Ini menimbulkan ketegangan dengan Abdul Aziz tetapi ketegangan ini tamat apabila Abdul Aziz meninggal lima bulan sebelum kematian Abdul Malik b. Marwan. Selepas kematian Abdul Malik b. Marwan, anaknya Al-Walid bin Abdul Malik dilantik menjadi penggantinya.Pada zaman pemerintahan beliau jugalah Qubbat As-Sakhrah telah dibina di Baitulmuqaddis.beliau seorang cendekiawan dan mempunyai ilmu pengetahuan agama dan bahasa arab yang tinggi.beliau seorang penghafal al-quran.Pada permulaan pemerintahan,beliau berusaha untuk mengekalkan dasar pemerintahan berwaspada bagi mengelakan daripada tindakan keras.Beliau menjalan pemusatan kuasa.Kerajaan pusat di Damsyik diperintah secara mutlak.Penempatan tentera telah diperluaskan di sekitar Mesir dan kawasan Laut Mediterranean.Beliau juga memberikan layanan baik kepada suku kaum Arab dengan memberi elaun dan lain-lain.Tentera luar Syam telah digunakan untuk mengawal wilayah Iraq.Beliau turut mewujudkan sistem birokrasi yang dianggotai oleh keluarga Marwan.Abdul Malik telah menubuhkan pasukan tentera khas sebagai tentera kerajaan."@ms . "Trombotik adalah salah satu punca Infrak yang menyebabkan Angin Ahmar, selain Embolik. Trombotik disebabkan oleh pembekuan darah dalam salah satu saluran darah. Darah beku ini mengakibatkan aliran darah tersumbat, tetapi tidak pecah. Pembekuan darah ini berlaku akibat pengumpulan kolagen dan kolesterol di dinding saluran darah.fa:\u062A\u0631\u0648\u0645\u0628\u0648\u0632"@ms . "Strok embolik adalah salah satu punca Infrak yang menyebabkan Angin Ahmar, selain Trombotik. Embolik berpunca daripada serpihan darah beku yang mengalir dari satu tempat ke tempat yang lain. Contohnya, dari jantung atau salah satu daripada saluran darah di leher ke saluran darah di otak."@ms . "Kudis Anthrax merupakan salah satu cara penyakit Antrax berjangkit. Cara-cara penyakit Antrax berjangkit adalah seperti berikut :-1. Kudis Anthrax (cutaneous anthrax) 2. Antrax Salur Perut (Gastrointestinal anthrax)

3. Antrax secara dihidu (penyakit penyisih bulu / woolsorters' disease)

Dalam 95% kes kudis Antrax, ia menjangkiti manusia melalui luka. Luka kecil pada badan terutama dibahagian terdedah seperti muka dan lengan dijangkiti spora Antrax dari haiwan berpenyakit, bangkai atau tanah. Spora Antrax membiak dan kudis tumbuh dikawasan jangkitan. Kudis ini akan bernanah dalam tempoh 12-36 jam jangkitan. Antrax boleh menjadi bertambah teruk dan tersebar sekiranya tidak dirawat. Sekiranya Antrax memasuki salur darah, Antrax boleh membawa maut. 20% daripada kes yang tidak dirawat membawa kematian."@ms . "Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional (Bahasa Jerman: , atau NSDAP, sering dipanggil Parti Nazi), merupakan sebuah parti politik di Jerman antara 1920 hingga 1945. Sebelum itu parti ini dikenali sebagai Parti Pekerja Jerman atau \"The German Workers' Party\". Namun atas desakan Hitler untuk memasukkan unsur sosialisme nasional nama parti itu ditukar kepada \"Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional\" (dalam bahasa Jerman \"Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei\" atau NSDAP) atau nama popularnya Nazi. Parti ini diketuai oleh Adolf Hitler dan merupakan parti kerajaan utama sewaktu beliau memerintah negara Jerman. Lambang rasmi Parti Nazi ini adalah Swastika yang berlatarbelakangkan warna merah."@ms . "Antrax Salur Perut merupakan salah satu cara penyakit Antrax berjangkit. Cara-cara penyakit Antrax berjangkit adalah seperti berikut :- 1. Kudis Anthrax (cutaneous anthrax) 2. Antrax Salur Perut (Gastrointestinal anthrax) 3. Antrax secara dihidu (penyakit penyisih bulu / woolsorters' disease) Antrax ini berlaku apabila daging haiwan yang dijangkiti ini tidak dimasak dengan betul sebelum dimakan. Ini adalah kerana spora Antrax mampu bertahan suhu yang tinggi. Apabila spora Antrax memasuki salur perut, Antrax akan menjangkiti mereka yang mempunyai luka yang sedia ada di salur perut. Antrax akan merebak dengan cepat dan boleh membawa maut sekiranya lewat dirawat. Spora Antrax memerlukan suhu 121C selama sekurang-kurangnya 30 minit untuk mati. 25%-60% daripada kes yang tidak dirawat membawa kematian."@ms . "Sistem Suria terdiri daripada Matahari dan objek astronominya yang terikat oleh gravitinya ke dalam orbit sekelilingnya. Semuanya terbentuk daripada keranapan awan molekul gergasi kira-kira 4.6 bilion tahun lalu. Sebahagian besar jisim sistem ini datang dari Matahari. Dari kebanyakan objek yang mengorbit Matahari, kebanyakan dari jisim tersebut ditampung didalam lapan yang relatifnya planet sendirian iaitu orbitnya hampir membulat dan berada didalam cakera yang hampir leper dipanggil satah ekliptik. Empat planet dalam yang lebih kecil, Utarid, Zuhrah, Bumi dan Marikh, juga dipanggil planet terestrial, adalah primernya terdiri dari batuan dan logam. Empat planet luaran, gergasi gas, adalah cukup lebih besar berbanding terestrial. Dua yang terbesar, Musytari, dan Zuhal, adalah terdiri utamanya dari hidrogen dan helium; dua planet paling luar, Uranus dan Neptun, adalah terdiri secara besarnya ais, seperti air, amonia dan metana, dan selalu dirujuk secara terpisah sebagai \"ais gergasi\".Sistem Suria juga rumah kepada beberapa rantau yang diduduki oleh objek yang lebih kecil. Lingkaran asteroid, iaitu berada antara Marikh dan Musytari, juga semirip kepada planet terestrial sepertimana ianya terdiri utamanya batuan dan logam. Orbit di luar Neptun tempat beradanya lingkaran Kuiper dan cakera terserak; populasi yang dipaut dari objek trans-Neptun yang terdiri dari ais seperti air, amonia, dan metana. Didalam populasi ini, lima objek berindividu, Ceres, Pluto, Haumea, Makemake dan Eris, ialah dikenalpasti cukup besar untuk dipusingkan oleh graviti mereka sendiri, dan demikian diistilahkan planet kerdil. Tambahan pula kepada beribu dari badan kecil pada dua rantau tersebut, beberapa bilangan iaitu dianggap calon planet kerdil, berbagai populasi badan kecil lain termasuklah komet, sentora dan debu interplanet yang bebas men