# started 2014-08-16T14:22:32Z "Laut Kaspia (bahasa Inggeris:Laut Caspian) merupakan sebuah laut yang terletak di antara Asia dan Eropah. Ia tidak bersambung dengan mana-mana lautan, dan oleh itu turut digelar tasik terbesar di dunia. Oleh sebab airnya masin, ia mempunyai kedua-dua ciri laut dan tasik. Tahap kemasinannya ialah sekitar 1.2%, satu pertiga daripada kemasinan air laut biasa."@ms . "Meter (simbol: m) merupakan ukuran unit SI bagi panjang. Mengikut takrif BIPM:\"Meter ialah panjang yang dilalui cahaya melalui vakum dalam tempoh 1/299,792,458 saat.\"\u2191"@ms . "Penyu merupakan sejenis haiwan yang mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang dengan kaki pendayung di hadapan. Ini menjadikan penyu sebagai haiwan yang tangkas berenang di dalam air tetapi kekok untuk bergerak di daratan. Ini berbeza dengan kura-kura yang mempunyai kaki yang serupa bagi keempat-empat kakinya. Penyu digolongkan di dalam haiwan vertebrata (bertulang belakang), kelas reptilia sama dengan ular, cicak, kura-kura, labi-labi dan tuntung."@ms . "Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup. Air juga mampu wujud dalam 3 bentuk :-Di muka bumi ini, air merupakan bahan yang paling kerap ditemui terutama dalam bentuk cecair. Walau bagaimanapun, terdapat juga kuantiti air yang besar yang wujud dalam bentuk gas (wap) di atmosfera dan dalam bentuk pepejal (ais dan salji)."@ms . "Marikh merupakan planet ke-4 dari matahari dalam Sistem Suria dan dinamakan sempena nama Dewa Peperangan Tamadun Rom (Dewa Peperangan Tamadun Yunani sedarjatnya: Ares) disebabkan warna kemerahannya di langit pada waktu malam. Ia mempunyai 2 bulan iaitu Phobos dan Deimos. Setiap satu bulan tersebut menyerupai asteroid. Planet ini juga merupakan salah sebuah planet dari 8 planet dalam sistem suria."@ms . "Gunung Tahan dengan ketinggian (2187 meter) , merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan terletak di Taman Negara dalam negeri Pahang. Gunung Tahan bagaimanapun adalah rendah daripada Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara. Gunung ini menjadi titik sempadan negeri Pahang dengan negeri Kelantan."@ms . "Himalaya (Banjaran Himalaya) adalah banjaran gunung di Asia, memisahkan India dan kawasan utara Pakistan di selatan dan tenggara dari dataran Tibet yang luas (sekarang sebahagian dari China) di utara. Nama khas untuk banjaran ini adalah Himalaya, walaupun nama Himalayas juga biasa digunakan.Banjaran Himalaya merangkumi lima negara \u2014 Pakistan, India, China, Bhutan dan Nepal. Himalaya bercantum dengan banjaran gunung Hindu Kush di Afghanistan."@ms . "Tasik Titicaca adalah sebuah tasik terletak di sempadan Peru dan Bolivia. Ia terletak di 3,811 m (12,500 ft) atas paras laut, membuatnya tasik dikendali secara komersial tertinggi di dunia. Mengikut isipadu air, ia juga adalah tasik terbesar di Amerika Selatan (Tasik Maracaibo mempunyai sebuah kawasan permukaan lebih besar, tetapi ia sering diketepikan oleh kerana ia berkaitan dengan laut)."@ms . "Dr Joseph Arnold adalah salah seorang yang menjumpai dan merekodkan Bunga Patma bersama dengan Sir Stamford Raffles pada tahun 1816. Spesies Bunga Patma itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Patma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera."@ms . "Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka."@ms . "Kandungan terbuka, dicipta dengan analogi dari \"sumber terbuka\", memerikan apa-apa kerja kreatif termasuklah rencana, gambar, audio dan video yang diterbitkan dalam format yang dengan jelas menyatakan ia boleh disalin. Dari segi teknik, ia seperti share alike tapi tanpa apa-apa sekatan. Bahan tersebut boleh berada dalam domain awam atau di bawah lesen seperti Lesen Dokumentasi Bebas GNU."@ms . "Uthman bin Affan (Arab: \u0639\u062B\u0645\u0627\u0646 \u0628\u0646 \u0639\u0641\u0627\u0646) merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dikalangan umat Islam mengenai cara bacaan Al-Quran. Disebabkan oleh itu Uthman bin Affan telah meminjam suhuf, (kumpulan penulisan Al-Quran daripada Hafsa. Selepas itu Uthman bin Affan telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula Al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai Mushaf Uthman."@ms . "Aisya bt. Mu'awiyah b. al-Mughira adalah ibu kepada Khalifah Abdul Malik bin Marwan, khalifah Bani Ummayyah yang kelima, yang memerintah dari tahun 65 Hijrah - 86 Hijrah (685 - 705 Masihi)."@ms . "Khalifah Abdul Malik bin Marwan dilahirkan pada tahun 26 Hijrah (646 Masihi). Ibunya bernama Aisya bt. Mu'awiyah b. al-Mughira. Ketika berusia 16 tahun, Abdul Malik b. Marwan pernah mengetuai pasukan tentera Madinah melawan Byzantine ketika pemerintahan Mu'awiyah. Abdul Malik b. Marwan adalah khalifah Bani Umayyah yang Kelima yang memerintah dari tahun 65 Hijrah - 86 Hijrah (685 - 705 Masihi). Khalifah Abdul Malik b."@ms . "Trombotik adalah salah satu punca Infrak yang menyebabkan Angin Ahmar, selain Embolik. Trombotik disebabkan oleh pembekuan darah dalam salah satu saluran darah. Darah beku ini mengakibatkan aliran darah tersumbat, tetapi tidak pecah. Pembekuan darah ini berlaku akibat pengumpulan kolagen dan kolesterol di dinding saluran darah.fa:\u062A\u0631\u0648\u0645\u0628\u0648\u0632"@ms . "Strok embolik adalah salah satu punca Infrak yang menyebabkan Angin Ahmar, selain Trombotik. Embolik berpunca daripada serpihan darah beku yang mengalir dari satu tempat ke tempat yang lain. Contohnya, dari jantung atau salah satu daripada saluran darah di leher ke saluran darah di otak."@ms . "Kudis Anthrax merupakan salah satu cara penyakit Antrax berjangkit. Cara-cara penyakit Antrax berjangkit adalah seperti berikut :-1. Kudis Anthrax (cutaneous anthrax) 2. Antrax Salur Perut (Gastrointestinal anthrax)

3. Antrax secara dihidu (penyakit penyisih bulu / woolsorters' disease)

Dalam 95% kes kudis Antrax, ia menjangkiti manusia melalui luka."@ms . "Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional (Bahasa Jerman: , atau NSDAP, sering dipanggil Parti Nazi), merupakan sebuah parti politik di Jerman antara 1920 hingga 1945. Sebelum itu parti ini dikenali sebagai Parti Pekerja Jerman atau \"The German Workers' Party\"."@ms . "Antrax Salur Perut merupakan salah satu cara penyakit Antrax berjangkit. Cara-cara penyakit Antrax berjangkit adalah seperti berikut :- 1. Kudis Anthrax (cutaneous anthrax) 2. Antrax Salur Perut (Gastrointestinal anthrax) 3. Antrax secara dihidu (penyakit penyisih bulu / woolsorters' disease) Antrax ini berlaku apabila daging haiwan yang dijangkiti ini tidak dimasak dengan betul sebelum dimakan. Ini adalah kerana spora Antrax mampu bertahan suhu yang tinggi."@ms . "Sistem Suria terdiri daripada Matahari dan objek astronominya yang terikat oleh gravitinya ke dalam orbit sekelilingnya. Semuanya terbentuk daripada keranapan awan molekul gergasi kira-kira 4.6 bilion tahun lalu. Sebahagian besar jisim sistem ini datang dari Matahari."@ms . "REDIRECTEDThomas Stamford Raffles"@ms . "Cahaya (Jawi: \u0686\u0647\u0627\u064A) merupakan tenaga berbentuk gelombang dan membantu kita melihat. Cahaya juga merupakan asas kepada ukuran meter dimana 1 meter bersamaan dengan jarak dilalui cahaya melalui vakum pada 1/299,792,458 saat. Kelajuan cahaya ditakrifkan pada kelajuan 299,792,458 meter sesaat.Cahaya diperlukan dalam kehidupan seharian. Matahari adalah sumber cahaya yang utama. Tumbuhan hijau memerlukan cahaya untuk membuat makanan."@ms . "Adolf Hitler (20 April 1889 - 30 April 1945) adalah seorang tokoh politik di Jerman antara akhir 1920-an dan 1940-an. Beliau terlibat dalam Perang Dunia I tetapi memain peranan penting dalam Perang Dunia II. Kini beliau dilabel oleh kebanyakan orang Barat sebagai orang yang kejam, bengis dan diktator yang gila kuasa."@ms . "Sir Winston Leonard Spencer Churchill (30 November, 1874 - 24 Januari, 1965) merupakan salah satu seorang pemimpin Britain yang unggul pada abad ke-20, ketika Peperangan Dunia ke II."@ms . "Paus hidup di lautan tetapi tidak tergolong dalam keluarga ikan. Paus adalah mamalia dalam kelompok cetacea. Sebagaimana haiwan mamalia yang lain, paus mempunyai ciri-ciri berikut: bernafas melalui paru-paru mempunyai bulu (kurang berbanding haiwan darat, hampir tiada bagi paus dewasa) berdarah panas mempunyai organ penyusuan dan menyusukan anak. mempunyai empat ruang jantungPaus purba berevolusi pada pertengahan tempoh Eosen, kira-kira 50 juta tahun dahulu."@ms . "Bulan merujuk kepada satu atau lebih jisim yang beredar mengelilingi sebuah planet yang bersaiz lebih besar daripdanya, dan jisim-jisim ini pula bergerak mengedari bintang. Bulan yang beredar mengelilingi Bumi ialah sebuah satelit semula jadi dan kelima terbesar dalam Sistem Suria berdasarkan saiz relatifnya berbanding primernya. Bulan hanya bersaiz satu per empat daripada saiz dan beredar mengelilingi Bumi setiap 27.3 hari, pada jarak purata 384,400 kilometer di bawah tarikan graviti Bumi."@ms . "Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan lapan buah planet membentuk Sistem Suria. Matahari mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 \u00B0C dan suhu teras 15 juta \u00B0C. Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. Cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta."@ms . "Pluto merupakan sebuah planet dari 9 planet pada sebelum ini. Pada mulanya ia dianggap sebagai sebuah planet tetapi kini, ia digelar planet kerdil dan dikeluarkan daripada kalangan planet sistem solar. Ia disahkan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa."@ms . "Zuhrah (Inggeris: Venus; juga dikenali sebagai Kejora) merupakan planet kedua terdekat kepada Matahari, mengorbitnya pada setiap 224.7 hari bumi. Nama Zuhrah ini diambil daripada bahasa Arab yang bermaksud bunga kerana bentuknya pada waktu pagi atau pada waktu senja seakan-akan bunga. Jika dirujuk pada nama bahasa Inggeris pula, planet ini dinamakan bersempena dewa Venus, dewa cinta Rom."@ms . "Utarid adalah planet yang paling hampir dengan matahari, kira-kira 57.9 juta kilometer dan planet terkecil di dalam sistem suria. Diameter Utarid adalah 40% lebih kecil daripada Bumi, dan 40% lebih besar daripada Bulan. Malahan saiznya juga lebih kecil daripada bulan Musytari, Ganymede dan bulan Zuhal, Titan. Permukaan di Utarid adalah lebih kurang sama dengan permukaan Bulan contohnya kawah-kawah asteroid dan tebing yang puluhan kilometer tinggi."@ms . "Uranus (\u0627\u0648\u0631\u0627\u0646\u0648\u0633) merupakan planet ketujuh daripada matahari. Ia merupakan planet ketiga terbesar dari segi jejarinya dan planet keempat terbes